Thursday, 13 December 2012

Surat Rasmi

          Surat Rasmi merupakan sejenis karangan berformat yang popular dikeluarkan dalam UPSR. Oleh itu, adik-adik perlu mengenali dan memahami format Surat Rasmi. Kebanyakkan adik-adik memberitahu cikgu bahawa Surat Rasmi merupakan karangan yang susah. Sebenarnya, Surat Rasmi senang mendapat markah sekirannya murid dapat menulis formatnya dengan betul. Terdapat 12 format yang perlu ditulis untuk Surat Rasmi:

  1. Alamat pengirim
  2. Garisan melintang selepas alamat pengirim
  3. Nama penerima
  4. Alamat penerima
  5. Kata sapaan (contoh: Tuan/ Puan)
  6. Perkara atau tajuk (digariskan atau ditulis dengan semua huruf besar)
  7. Perenggan pertama (tidak dinomborkan dan dimulakan dari tepi)
  8. Perenggan kedua dan seterusnya (dinomborkan bermula dengan 2 untuk perenggan kedua, 3 untuk perenggan ketiga dan seterusnya)
  9. Penutup dan ucapan terima kasih (tidak perlu dinomborkan dan dimulakan dari tepi)
  10. Yang benar
  11. Tandatangan
  12. Nama penuh (semua huruf besar)

Contoh Surat Rasmi: Permohonan Untuk Menggunakan Dewan Bagi Pameran Penjagaan Gigi


2 comments:

  1. cikgu, cikgu boleh ajar wen xuan macam mana tulis surat tidak rasmi tak? wen xuan ingin cuba kirim surat untuk sepupu saya. saya nak tahu formatnya. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, datanglah berjumpa dengan cikgu bila Wen Xuan senang nanti.

      Delete