Tuesday, 27 November 2012

Fakta: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan Sekolah


Setiap sekolah mesti ada perpustakaan. Hal ini kerana perpustakaan membawa banyak kebaikan kepada murid di sekolah.
Antara kebaikan-kebaikan perpustakaan ialah dapat menambah ilmu pengetahuan murid. Terdapat pelbagai jenis buku meliputi pelbagai bidang yang terdapat di perpustakaan. Sekiranya kita membaca buku ini, sudah tentu banyak ilmu boleh diperolehi.
Selain itu, kita juga dapat menjimat wang kerana buku di perpustakaan adalah percuma. Bukan itu saja, buku yang diminati juga boleh dipinjam dari perpustakaan sekolah. Contohnya buku cerita “Harry Potter” yang mahal dapat dicari di dalam perpustakaan sekolah.
Perpustakaan sekolah juga dapat mengelakkan murid daripada membazir masa atas perkara yang sia-sia seperti lepak. Murid dapat mengisi masa lapang mereka di perpustakaan sekolah. Dengan ini, amalan membaca juga boleh dipupuk di kalangan murid.
Di samping itu, murid juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan di perpustakaan. Sekiranya seseorang murid pergi ke perpustakaan, dia boleh berjumpa dengan kawannya di sana. Perpustakaan ialah tempat yang sesuai untuk murid-murid berjumpa dan membuat kerja sekolah bersama-sama.
Kesimpulannya, perpustakaan sekolah mempunyai banyak kebaikan-kebaikannya. Kita sepatutnya menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

19 comments:

  1. teacher Chang, i love to read “Harry Potter”. =)

    ReplyDelete
  2. nice essay...i love it.

    ReplyDelete
  3. Teacher Chang ! betollah..suka sangat karangan ni ! boleh copy paste ? tq Teacher..kongsi lh !!

    ReplyDelete
  4. nak copy boleh tak mr chang

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana kongsikan ini....

    ReplyDelete
  6. Isi nye kurang banyak..apa pun terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk karangan sek rendah, 6 perenggan adalah standard...
      1 pendahuluan
      4 isi
      1penutup

      Delete
  7. Great!!!! Best essay... ;)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing.. dapat bantu buat homework ; )

    ReplyDelete
  9. boleh tak kalau saya copy karangan ini,ckgu

    ReplyDelete
  10. Can I have some pizza in my house

    ReplyDelete
    Replies
    1. here is given essay example no pizza shop

      Delete
  11. I would like
    Chicken Peperoni
    Hawaiian Chicken
    BBQ Supreme
    Soup
    Breadsticks
    Coco-Cola

    ReplyDelete
    Replies
    1. eat too much you will fat like a pig

      Delete