Thursday, 13 December 2012

Dikir Barat


          Dikir Barat merupakan sejenis persembahan tradisional muzik di Malaysia. Biasanya Dikir Barat dipersembahkan dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang atau lebih. Dikir Barat boleh dipersembahankan dengan bantuan alat muzik atau tanpa alat muzik.

          Biasanya Kumpulan Dikir Barat akan duduk bersila di atas pentas sambil dikelilingi oleh para penonton. Kumpulan Dikir Barat. Ahli kumpulan terdiri daripada seorang ketua yang dipanggil "tok juara" atau "tukang karut" dan awok-awok. "Tok juara" bertugas untuk mengetuai nyanyian dikir barat dengan pantun atau lagu manakala awok-awok menyanyikan korus sambil membuat gerakan yang tertentu.

          Untuk mempromosikan seni persembahan Dikir Barat di sekolah, murid Tahun Lima SJK (C) Chung Hua Spaoh telah mempersembahan satu persembahan Dikir Barat semasa bulan Bahasa Malaysia pada Julai 2012 yang lepas. Lagu Dikir yang dipilih untuk persembahan kali ini adalah lagu dikir "Wau Bulan" yang popular.

Gambar menunjukkan murid Tahun Lima sedang membuat persembahan

Franklin membunyikan rentak dengan menggunakan baldi air

Murid Tahun Lima membuat persembahan Dikir Barat dengan bersungguh-sungguh


Lirik Lagu Dikir "Wau Bulan"
Eh wah buleh, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo
Eh wah, eh wah, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo

Ini maleh, samo-samo
Samo-samo bersuko-ghio
Ini maleh, samo-samo
Samo-samo bersuko-ghio



Muat turun Lagu Dikir "Wau Bulan" di sini

Persembahan Dikir Barat Semasa Pertandingan

Persembahan Dikir Barat "Wau Bulan" yang Popular

Surat Rasmi

          Surat Rasmi merupakan sejenis karangan berformat yang popular dikeluarkan dalam UPSR. Oleh itu, adik-adik perlu mengenali dan memahami format Surat Rasmi. Kebanyakkan adik-adik memberitahu cikgu bahawa Surat Rasmi merupakan karangan yang susah. Sebenarnya, Surat Rasmi senang mendapat markah sekirannya murid dapat menulis formatnya dengan betul. Terdapat 12 format yang perlu ditulis untuk Surat Rasmi:

  1. Alamat pengirim
  2. Garisan melintang selepas alamat pengirim
  3. Nama penerima
  4. Alamat penerima
  5. Kata sapaan (contoh: Tuan/ Puan)
  6. Perkara atau tajuk (digariskan atau ditulis dengan semua huruf besar)
  7. Perenggan pertama (tidak dinomborkan dan dimulakan dari tepi)
  8. Perenggan kedua dan seterusnya (dinomborkan bermula dengan 2 untuk perenggan kedua, 3 untuk perenggan ketiga dan seterusnya)
  9. Penutup dan ucapan terima kasih (tidak perlu dinomborkan dan dimulakan dari tepi)
  10. Yang benar
  11. Tandatangan
  12. Nama penuh (semua huruf besar)

Contoh Surat Rasmi: Permohonan Untuk Menggunakan Dewan Bagi Pameran Penjagaan Gigi


Perihal: Tindakan Menolong Murid yang Jatuh


Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Semasa mengikuti aktiviti tersebut, seorang murid tahun lima telah terjatuh di hadapan kamu.
Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

                Pada hari jumaat yang lepas, sekolah kami telah mengadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Semua murid tahun lima dan tahun enam telah menyertai aktiviti ini.
                Tiba-tiba, peserta dari tahun lima iaitu George telah terjatuh di hadapan saya. Saya segera berhenti untuk menolongnya. Rupa-rupanya George terjatuh selepas tersepak batu besar di tengah jalan.
                Kaki George telah terseliuh. Bahagian lututnya juga terluka dan darah sedang mengalir keluar dari lukanya. George tidak dapat berdiri dan mengerang kesakitan di atas jalan raya.
                Saya memapah George ke tepi jalan demi keselamatannya. Saya mengeluar tisu yang dibawa untuk mengelap darah lukanya.  Selepas itu, saya membalut lukanya dengan sapu tangan saya untuk menghentikan pendarahan.
                Seterusnya, saya menyuruh George berehat seketika sementara saya meminta bantuan daripada guru. Selepas mendengar kisah saya, Cikgu Ali memandu keretanya ke tempat kejadian untuk menghantar George ke hospital. Saya mengikut bersama untuk meneman George.
                Sesampai di hospital, George dimasukkan ke bilik kecemasan untuk dirawat. Ibu bapanya sudah menunggu di hospital. Mereka mengucapkan terima  kasih dan memuji atas keberanian saya.
                Akhirnya, saya tidak memenangi sebarang pingat dalam aktiviti merentas desa kali ini. Namun begitu, saya tetap berasa gembira kerana saya telah membuat satu perkara yang baik.

Simpulan Bahasa (Z)


  • zaman atom: zaman moden atau zaman sekarang, iaitu zaman yang penuh dengan kemajuan.
  • zaman bahari: zaman purbakala.
  • zaman puntung berasap: zaman kuno.

*sumber daripada wiktionary

Simpulan Bahasa (W)


  • wang duka: wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
  • wang hantaran: wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
  • wang ihsan: wang yang diberikan orang yang mempunyai banyak wang sebagai bantuan.
  • wang kopi(sila lihat juga duit kopi.)
  • wang saku: wang yang diberi untuk makan atau kegunaan/keperluan lain.
  • wang suap: bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.

*sumber daripada wiktionary

Simpulan Bahasa (U)


  • ubat hati: penghibur hati.
  • ubat jerih: upah.
  • ubat lelah(sila lihat juga ubat jerih.)
  • ulat buku: orang yang suka atau rajin membaca buku.
  • undur diri: beredar dari sesuatu tempat.
  • untung batu: nasib buruk.
  • untung sabut: nasib yang baik.
  • upah seraya: memberi upah terhadap bantuan yang diberikan.

*sumber daripada wiktionary

Petua Menulis Karangan yang Baik (Contoh Karangan: Sambutan Hari Guru)

          Semasa adik-adik menulis karangan, soalan yang sering dilontarkan kepada cikgu adalah bagaimana membahagikan perenggan? Berapa perenggan minimum yang diperlukan untuk membentuk karangan yang baik? Sebenarnya jawapannya senang saja. Adik-adik hanya perlu ingat nombor di bawah:

233332

          Apa itu "233332"? 233332 bermaksud bilangan ayat minimum yang diperlukan untuk membentuk sebuat perenggan. Dalam nombor "233332", terdapat 6 digit maka ini bermaksud adik-adik perlu sekurang-kurangnya 6 perenggan untuk membentuk karangan yang baik.

Nombor
Perenggan
Bilangan ayat dalam perenggan tersebut
2
1.       Pendahuluan
2
3
2.       Isi (1)
3
3
3.       Isi (2)
3
3
4.       Isi (3)
3
3
5.       Isi (4)
3
2
6.       Penutup
2
          Oleh itu, dengan merujuk kepada jadual di atas, setiap karangan yang baik mesti mengandungi satu pendahuluan, satu penutup dan sekurang-kurangnya satu isi. Senang saja, kan? 

          Cikgu sertakan satu contoh karangan yang ditulis berdasarkan petua "233332" ini. Perhatikan isi (3) dan penutup mengandungi bilangan ayat yang lebih daripada petua ini kerana petua "233332" adalah merujuk kepada bilangan ayat minimum yang diperlukan. 

Contoh Karangan: Sambutan Hari Guru

Pendahuluan
(2 ayat)


Isi 1
(3 ayat)



Isi 2
(3 ayat)


Isi 3
(4 ayat)




Isi 4
(3 ayat)



Isi 5
(3 ayat)



Penutup
(4 ayat)
Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah mendidik murid dengan berdedikasi.

                Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan belon-belon yang cantik. Para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.

                Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Selepas itu, juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung Hua Spaoh untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar.

                Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan girang sekali.

                Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah disediakan disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.

                Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.

                Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar bersungguh-sungguh. Janganlah kita bersikap seperti kacang melupakan kulit.

            Cikgu berharap adik-adik dapat memanfaatkan petua "233332" semasa menulis karangan nanti. Semoga berjaya!